Tuesday, April 14, 2015

Karnival Bahasa Inggeris 2015

Murid-murid SK(1) Taman Selayang telah menyertai Karnival Bahasa Inggeris pada 11 April 2015 bersamaan hari Sabtu. Karnival ini telah diadakan di SK Bandar Baru Selayang 2.





Wednesday, April 8, 2015

Kejohanan Balapan dan Padang ke-25

Ingin memaklumkan bahawa SK(1) Taman Selayang akan mengadakan Kejohanan Balapan dan Padang ke-25 pada 24 Mei 2015 (Ahad). Kejohanan ini akan diadakan di Kompleks MSN Setiawangsa.

Berikut adalah tentatif program kejohanan.

Nyanyian lagu Negaraku. Bacaan doa dan ikrar. Ucapan pengerusi pengelola kejohanan dan ucapan perasmian pembukaan oleh tetamu khas.
7.00 pagi:Peserta berkumpul di tapak perhipunan sekolah dan bergerak ke Kompleks MSN Setiawangsa
7.30 pagi:Pendaftaran peserta/pegawai kejohanan di stadium. Ketibaan para jemputan
8.00 pagi:Ketibaab tetamu khas/perasmi. Peserta mengambil tempat
8.15 pagi:Perarakan lintas hormat peserta perbarisan dan atlet.
9.00 pagi:Acara balapan bermula
12.30 tghari:Penyampaian hadiah
1.30 petang:Kejoahanan ditutup

Sukaneka Tahap Satu 2015

Ingin memaklumkan bahawa SK(1) Taman Selayang akan mengadakan Sukaneka Tahap Satu 2015 pada 9 Mei 2015. Ianya di bawah penganjuran Unit KoKurikulum SK(1) Taman Selayang.

Objektif penganjuran ialah untuk melahirkan murid yang sihat, cergas dan cerdas sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara, tempat terbaik untuk mengaplikasikan pelajaran yang murid perolehi sewaktu pengajaran dan pembelajaran (PdP), wujudkan rasa ingin bersaing secara sihat serta bermotivasi tinggi dan ingin berjaya dalam bidang yang diceburi.

Senarai acara

Tahun 1: Bom Kebabom, Sape Orang Gajiku, Hambur ke Awan
Tahun 2: Cinta Jangan Pergi, Aku Dia dan Kamu, Melambung Bergaya
Tahun 3: Menuju Gemilang, Bersatu Hati Membawa Berkat, Lompat Bertingkek-tingkek
PPKI: Gelecek Bola ke Sasaran, Percayalah Kami, Usaha Tangga Kejayaan
Pra Sekolah: Kami Suka Hati, Kami Boleh, Golek Bola Menuju Sasaran